Jumaat, 20 Disember 2013

Kisah Paling Gangster Full Movie

Remy (Shaheizy Sam) bekerja sebagai seorang paramedik yang pendiam, pemalu dengan perempuan, dan sentiasa dibuli oleh rakan sekerjanya. Pada masa yang sama, seperti ramai pemuda lain, dia juga kesempitan wang. Pendek kata: Remy seorang loser. Sehinggalah hari Remy selamatkan nyawa seorang ketua kongsi gelap bernama Megat. Sebagai balasan, Megat menawarkan peluang kepada Remy untuk menganggotai kumpulannya, tetapi Remy menolak. Namun setelah diugut, Remy akhirnya terpaksa menurut. Kalau dulu Remy seorang loser kini dia bangkit semula sebagai seorang gangster...lantas terjerumus ke dalam sebuah dunia gelap, tanpa jalan keluar...

Rabu, 18 Disember 2013

Penanggal (2013) Full Movie - Tonton Online

Sinopsis Movie Penanggal (2013) Penanggal mengisahkan mengenai Murni (Ummi Nazeera) yang dibela oleh neneknya, Mak Ajeng (Normah Damanhuri) yang berketurunan Jawa selepas kematian orang tuanya akibat dimakan haiwan buas di hutan.

Mak Ajeng, yang mengamalkan ilmu hitam, terpaksa menyerahkan saka penanggal miliknya kepada Murni pada saat kematiannya. Bagaimanapun, akibat diburu penduduk kampung, Murni terpaksa melarikan diri ke hutan.

 Pertemuannya dengan Anom Merah (Nadia Mustafar) yang sarat mengandung, mengundang kemarahan orang kampung selepas mendapati ada tanda di leher Murni. Hampir dibunuh penduduk kampung, Murni kemudian diselamatkan Syed Yusoff (Azri Iskandar).

Kematian Anom Merah ketika melahirkan anak, akibat diserang penanggal turut menimbulkan kemarahan si suami, Jiwa (Yus Waisar).

Syed Yusoff pula cuba menjejaki Murni sehingga ke tengah hutan. Kehilangan Syed Yusoff merisaukan adiknya, Syed Umar (Zul Ariffin) serta tunang Syed Yusoff, Sharifah Zahrah (Fasha Sandha). Mereka dan orang kampung cuba mencari lelaki itu sehingga tengah belantara sebelum menemui pondok didiami Murni.

ARAHAN: Ellie Suriaty PELAKON:Ummi Nazeera, Azri Iskandar, Zul Ariffin, Fasha Sandha, Normah Damanhuri, Datuk Sharifah Aini Terbitan: Astro Shaw Sdn Bhd dan Grand Brilliance Kos: RM2.1 juta Tarikhtayangan:Mulai 28 November 2013 

Isnin, 16 Disember 2013

Ustaz,Mu Tunggu Aku Datang [Full Movie]

[PART1]


[PART2]





Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang mengisahkan seorang pemuda iaitu Dadu (Shahrol) yang tidak mempunyai hala tuju hidup. Dia sering dibuang kerja dan tidak pernah serius dalam hidup.

Tinggal serumah pula dengan Muiz (Ajak Shiro) yang turut bergantung hidup kepadanya sedangkan Dadu juga penganggur. Apatah lagi pegangan agama mereka berdua, memang terpesong dan tidak pernah solat.

Bagaikan satu sinar, suatu hari sepupu Dadu iaitu Hamzah (Along) datang bermalam di rumah sewa mereka dan kedua sahabat itu terpukul dengan perubahan baru Hamzah. Dia semakin mendalami agama dan bercerita mengenai aktivitinya sering mendengar ceramah ustaz di masjid kepada mereka.

Insiden itu terus membuka mata Dadu dan Muiz lantas sepakat untuk kembali ke pangkuan agama. Bagaimanapun, tidak semudah itu apabila dalam perjalanan untuk mendengar ceramah di masjid, mereka diduga dengan pelbagai musibah.

Pelakon Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang: Shiro, Along Eyzendy, Mikael Andre dan Zalif Sidek.

Selasa, 10 Disember 2013

Hantu Tok Mudim [Full Movie]

Hantu Tok Mudim Sinopsis

Hantu Tok Mudim berkisar mengenai tragedi ngeri yang menghantuiKampungSeriMenawan apabila hantu Tok Mudim muncul untuk membalas dendam terhadap seluruh penduduk kampung berkenaan.

Tok Mudim, seorang jurukhatan terhebat di Kampung Seri Menawan. Kehebatannya tercalar dek kerana penangan cinta tiga segi pembantunya, Lebai Kulup, Salmah, dara pujaan kampung dan juga Borhan, anak manja Tok Penghulu Abohrudin yang mempunyai rahsia peribadi. 

Demi cintanya terhadap Salmah, Borhan akhirnya mahu berdepan dengan fobia lampaunya bertemu dengan Toq Mudim bersama Tok Penghulu Abohrudin untuk satu operasi rahsia. Tetapi malangnya, Lebai Kulup yang tidak berpuas hati dengan Borhan telah mencuri dengar tentang rahsia Borhan dan merancang untuk sabotaj operasi malam tersebut

Malam dinantikan tiba, kehebatan Tok Mudim teruji dengan ‘keliatan’ luar biasa Borhan. Kegagalan operasi malam tersebut mengakibatkan Tok Mudim menjadi buruan penduduk Kampung Seri Menawan. Tok Mudim melarikan diri ke dalam hutan sehingga menyebabkan Tok Mudim jatuh ke dalam perigi dan mati di tempat kejadian. 

Bermulalah tragedi ngeri, yang mula menghantui Kampung Seri Menawan apabila Hantu Toq Mudim muncul untuk membalas dendam terhadap seluruh penduduk kampung tersebut. 

Penulis : Nurulsyahida Fadzil
Pengarah : Waan Hafiz
Produser : Showbiz
Pelakon : Izzue Islam, Soffi Jikan, Harun Salim Bachik, A.R Badul,Adrea Abdullah dan Norhayati Taib


Video Suzana Jadi Kenduri 5 Lelaki


LIHAT VIDEO DIBAWAH